NAMA |
NOMBOR PENDAFTARAN |
LUQMAN BIN AZHAR |
02DBS20F2041 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Quran adalah kalam Allah, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengubah akhlak seluruh umat manusia. Akhlak sangat penting dalam membentuk kehidupan setiap orang, kerana ia boleh mengubah tingkah laku dan tingkah laku manusia, baik atau buruk. Tambahan pula, masyarakat kita hari ini dilanda pelbagai kemelut akhlak termasuklah tingkah laku tidak bermoral dan tidak beradab di tempat awam.Sumbang mahram dan zina akhirnya membawa kepada anak luar nikah. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita sedang menghadapi masalah kerosakan akhlak yang amat serius. Seterusnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah keruntuhan akhlak melalui kaedah al-Quran dan al-Sunnah. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tinjauan literatur, iaitu dengan menganalisis dokumen seperti jurnal, artikel, dan penulisan ilmiah yang berkaitan. Kajian mendapati terdapat beberapa dalil al-Quran
dan al-Hadith yang boleh menjadi benteng utama dan digunakan bagi tujuan
menangani masalah keruntuhan akhlak. Sehubungan itu, keruntuhan akhlak masa
kini dapat ditangani sekiranya masyarakat berpegang teguh dengan ajaran Islam
sebenar.
2.0 PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
Penyalahgunaan bahan terlarang sering berlaku dalam kalangan pelajar IPT pasa masa kini. Antara bahan terlarang yang sering disalahgunakan oleh pelajar IPT pada masa kini adalah rokok, alkohol, dadah dan sebagainya. Menyalahgunakan bahan terlarang seperti dadah bermaksud menggunakan bahan yang boleh membuatkan pengambil menjadi ketagihan yang secara berlebihan atau untuk tujan yang lain selain daripada melakukan perubatan. Pengambilan bahan-bahan tersebut adalah salah sama sekali disisi undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan mampu membuatkan pengambil hilang pertimbangan dalam diri pelajar.
Justeru , faktor-faktor utama yang membuatkan pelajar IPT lebih cenderung untuk mengambil bahan tersebut ialah berpunca daripada ibu bapa. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin , tetapi malangnya pada masa kini terdapat segelintir ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak menjadi seorang yang bebas pergaulan. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar IPT yang mengambil bahan-bahan terlarang tersebut seperti dadah berasal daripada masalah keluarga yang berpecah belah, penceraian ibu bapa dan kematian anggota keluarga yang tersayang. Selain itu, ibu bapa juga kurang memberikan pendedahan dan pendidikan kepada anak-anak sehingga menyebabkan akidah anak-anak terpesong ke jalan yang salah. Selain itu, faktor yang membuatkan pelajar IPT mengambil bahan-bahan terlarang tersebut ialah faktor rakan sebaya. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang pelajar tentang perilakunya. Rakan sebaya juga perlu memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan gaya fikiran seseorang. Namun sekiranya rakan sebaya yang dipilih lebih cenderung untuk melakukan kebaikan maka pelajar ini akan terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan sihat tetapi sekiranya rakan sebaya tersebut lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri maka pelajar ini akan terpengaruh untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan diri pelajar tersebut.
Melalui peranan Ibu bapa, seharusnya memberi mereka peranan sejak kecil lagi. Menunjukkan toleransi yang baik terhadap pendidikan ibu bapa. Melalui peranan sekolah, sebelum memasuki IPT, sekolah adalah tempat mereka menimba ilmu fizikal dan mental. Di sana, mereka belajar etika dan undang-undang melalui pendidikan guru.Selain itu, melalui peranan masyarakat pula, masyarakat sekeliling hendaklah menunjukkan akhlak yang baik dan tidak boleh menunjukkan kepada pelajar kesannya terhadap bahan terlarang. Ini kerana segelintir pelajar terlalu kagum dengan masyarakat sekeliling sehingga mempunyai kecenderungan untuk mencuba dadah.Di samping itu, , melalui tanggungjawab diri bagi diri kita, kita seharusnya melindungi diri kita daripada gejala buruk di sekeliling kita. Apabila seseorang pelajar ingin tahu tentang dadah, sama ada dia mahu mencuba atau tidak, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Melalui penguatkuasaan undang-undang.
Penagihan bahan-bahan terlarang seperti dadah akan membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati. Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah social . Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita. Kerutuhan akhlak induvidu tersebut dalam kehidupan mereka sebagai hamba ALLAH S.W.T . , terutama pada remaja atau pelajar yang akan meneruskan generasi yang akan dating dalam melahirkan generasi yang sihat dan bebas dari kancah sosial yang dpat merosakkan meraka dalam masa jangka masa lama . mereka akan mejadi huru hara dan tidak tenteram . Golongan yang dianggap sebagai pemimpin pada masa lebih banyk cenderung kepada gejala ini. Masalah ini jika tidak dibendung akan menyebabkan kepimpinan negara akan mundur. Telah timbul pelbagai persepsi bahawa negara ini telah gagal mengurus kan masalah penagihan dadah akibat peningkatan jumlah penagih dari tahun ke tahun. Oleh itu hasrat kerajaan untuk menilai semula program-program pemulihan sedai ada amat dialu-alukan.
3.0 MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA
Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula, masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
3.1 FAKTOR-FAKTOR PERGAULAN BEBAS
Faktor-faktor pergaulan bebas ialah diri remaja itu sendiri kerana semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkaraperkara baru dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi. Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak remaja terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak lain yang masih kecil. Oleh itu remaja yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu lain bagi mengisi kekosongan tersebut. Selain itu, faktor dari rakan sebaya mereka kerana rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu. Sebagai remaja yang kebanyakannya gemar berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam kumpulan. Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Oleh yang demikian walaupun adakalanya mereka telah mengetahui keburukan perlakuan tersebut namun remaja masih melakukannya kerana ingin mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan.
3.3 KESAN-KESAN MASALAH PERGAULAN BEBAS
Antara kesan masalah pergaulan bebas ialah pembuangan bayi. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Selain itu, penceraian dan keruntuhan rumah tangga. Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia. Seterusnya, tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
3.2 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PERGAULAN BEBAS
Antara langkah untuk mengatasi masalah pergaulan bebas ini dengan ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Selain itu, peranan pihak politeknik dalam membuat pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas. Seterusnya, memperkuat pendidikan agama kerana anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kokoh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika sejak kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian benar dan salah, biasanya ia akan dapat menghindari pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang tidak benar.
4.0 GEJALA PLAGIAT YANG BERLELUASA DALAM KALANGAN REMAJA
Plagiarism’ adalah megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.
Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.
Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ‘copy paste’ kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.
4.1 FAKTOR-FAKTOR GEJALA PLAGIAT YANG BERLELUASA
Antara faktor-faktor gejala plagiat ialah pelajar kurang mahir mencari maklumat kerana pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat. Selain itu, tidak mempunyai masa yang secukupnya. Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.
4.2 KESAN PLAGIARISME TERHADAP PELAJAR
No comments:
Post a Comment