Thursday, May 13, 2021


  Perlembagaan Persekutuan Menangani Cabaran Semasa dan Mendatang


 

NAMA

NOMBOR PENDAFTARAN

LUQMAN BIN AZHAR

02DBS20F2041

MUHAMAD IRHAM SHAKIRIN BIN MOHAMAD

02BDS20F2034

MUHAMMAD DANIEL IMAN BIN AZIZAN

02DBS20F2006

SYED FIKRI BIN SYED AHMAD

02DBS20F2025

ALIF AIEKAL BIN RAZALI

02DBS20F2038

SHAFIQ HAIQAL BIN SELAMAT

02DBS20F2035

 

Nama Pensyarah : Puan Rina Fakhrizan

Kelas : DBS1A

Sesi Disember 2020



1.0 Pengenalan

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

 

2.0 Definisi Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan sesebuah negera itu diasaskan dan diperintah seperti yang terdapat di dalam undang-undang adat atau peraturan yang sering digunakan. Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa yang diagihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu,Perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat . Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

 

3.0 Tujuan Perlembagaan Persekutuan


1) Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara

Dengan adanya perlembagaan negara , rakyat dapat berpegang kepada undang-undang yang diamalkan dan dihormati untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat

2) Mewujudkan Kestabilan Negara

Walaupun dasar perlembagaan boleh dipinda , namun ia tidak boleh dilakukan dengan secara sengaja ataupun sewenang-wenangnya tanpa mengikut perlembagaan. Jika perlembagaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak mereka iaitu pemimpin maka ia mungkin akan bertindak mengabaikan kemahuan rakyat

3) Mengawal Perjalanan Kerajaan

Tindakan yang dilakukan oleh pemimpin mestilah merujuk kepada perlembagaan yang telah dicatatkan dan bukan bertindak secara sesuka hati pemimpin. Oleh itu, pemimpin tidak boleh melakukan perbuatan penyelewengan perlembagaan. Ini bermaksud perlembagaan dapat menjamin pihak pemerintah tidak berlaku khianat atau menyalah guna kuasa yang mereka ada.

4) Mengekalkan Keamanan

Perubahan pemerintah yang berlaku selepas proses pilihan raya seperti umum ataupun kecil tidak akan memberi kesan kepada negara mahupun corak pemerintahan kerana segala akta telah ditetapkan sejak awal pembentukan Malaysia. Walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan berubah dari dasar yang sepatutnya.

5) Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara

Dengan adanya perlembagaan, rakyat diberikan jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur penipuan di kalangan pemimpin. Pembahagian kuasa yang dijelaskan dalam perlembagaan antara rakyat dan pemerintah serta badan perundangan yang lain telah memisahkan mereka daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tiada sesiapa mendapat keistimewaan dari segi undang-undang kerana semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara.

 

4.0 Jenis-Jenis Perlembagaan 

1) Perlembagaan Bertulis

Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dinyatakan secara nyata dalam bentuk dokumen seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan bertulis ini mengandungi 3 sifat utama:

  • Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
  •  Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan,tetepi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
  • Mahkamah mempunyai kuasa utuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

2) Perlembagaan Tidak Bertulis

Perlembagaan Tidak Bertulis merupakan peruntukan yang tidak dikodkan dalam akta-akta yang lain. Perlembagaan ini terdapat di negara seperti United Kingdom. Amalan perlembagaan ini menyebabkan parlimen mempunyai kuasa yang tinggi. 

Perlembagaan ini merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Contohnya, akta parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

 

5.0 Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan

1) Unsur-Unsur Tanggungjawab

Pemerintah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan dijadikan panduan kepada pemerintah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan. Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui segala perbelanjaan yang dibelanjakan oleh kerajaan. Mereka juga berhak untuk menyatakan sebarang ketidak puas hatian terhadap kerajaan tersebut.

2) Pilihan Raya

Dengan adanya pilihan raya yang membolehkan rakyat untuk memilih parti parlimen yang mereka inginkan . Parti yang dipilih oleh rakyat menggambarkan cara pemerintahan sesebuah parti itu.

3) Pembahagian Kuasa

Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. Kerajaan akan memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Badan kehakiman akan melaksanakan undag-undang yang digubal oleh kerajaan.

4) Terbuka

Perkara yang tidak dianggap sebagai perkara yang sulit hendaklah diumum kepada rakyat agar mereka juga dapat mengetahui dan menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan yang dibincangkan di parlimen perlu disebar kepada umum di media massa seperti surat khabar tentang belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baharu.

 

6.0 Cabaran Dalam Menggubal Perlembagaan Persekutuan

1) Mengambil Kira Kepentingan Masyarakat Pelbagai Kaum 

Di dalam negara ini terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina. Disebabkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, hak yang sama rata sentiasa dititik beratkan oleh setiap bangsa supaya layanan dan kebajikan mereka terjaga . Jikalau hal itu tidak adil maka akan berlakunya konflik antara kaum yang berbeza itu yang mahu dilihatkan diri mereka sebagai penduduk bumiputera yang lain. Ini menyebabkan mereka ingin menuntut hak yang sama rata seperti kaum bumiputera yang lain. Contohnya, dapat memasuki IPTA yang mempunyai bumiputera sahaja seperti UITM dan diberikan tawaran biasiswa seperti MARA kepada bumiputera sahaja.

2) Dijadikan Tajuk Sebagai Isu Politik 

 Di Malaysia terdapat pelbagai parti politik yang mempunyai pelbagai bangsa dalam sesuatu parti tersebut. Politik di negara ini sering dikaitkan dengan bangsa yang ada di negara seperti parti terdahulu. Contohnya , MCA (Malayan Chinese Assocation) , MIC (Malayan Indian Congress) dan BN (Barisan Nasional). Politik sering menyebabkan berlakunya konflik di antara mereka kerana mahukan perubahan akta yang ada di dalam perlembagaan persekutuan dengan mengikut kehendak yang mereka perlukan. Disebabkan mereka tidak boleh mengubah suai akta yang ditetapkan maka mereka pasti akan memberontak kerana idea yang diberikan tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak. Oleh itu, mereka pasti mencari jalan untuk memastikan matlamat mereka berjaya walaupun akta tidak boleh diubah suai sewenang-wenangnya tanpa perkenan YDP Agung.

3) Menyesuaikan Perlembagaan Terhadap Isu-Isu Semasa

Terdapat pelbagai isu-isu hangat yang terjadi di negara ini.Contohnya, isu terkini yang berlaku di Selangor iaitu LGBT. Terdapat pihak yang dikenali sebagai aktivis liberal menginginkan LGBT diiktiraf sebagai satu golongan yang di pandang seperti manusia biasa dan bukan manusia yang berpenyakit kerana perasaan suka sesama jantina pernah diiktiraf oleh WHO sebagai mental health. Mereka merasakan diri mereka teraniaya disebabkan masyarakat di sekeliling memandang hina perbuatan mereka. Hal ini menyebabkan mereka berasa hak asasi mereka terancam kerana tidak boleh melakukan aktiviti bebas seperti negara barat yang lain.Oleh itu , aktivis-aktivis ini pasti akan sentiasa mendesak aktiviti liberal mereka supaya dibenarkan menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan harian.

4) Membendung Fahaman Komunisme

 Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu adalah fahaman komunisme dalam kalangan rakyat biasa. Kedatangan pihak Komunis di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menanamkan semangat dan fahaman komunisme pada tahap yang membimbangkan. Hal ini dilihat sebagai antara ancaman utama terhadap kerajaan yang dibina berdasarkan fahaman berbilang kaum. Pengamalan Dasar Pecah dan Perintah dianggap menindas sesetengah kaum. Lantaran itu, fahaman komunis ini dianggap sebagai pembebasan daripada cengkaman pihak British. Perkara ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemerintah. Dengan wujudnya penubuhan Perlembagaan Persekutuan, fahaman radikal ini dapat dibendung dan seterusnya keharmonian Tanah Melayu terpelihara.

5) Isu Pendidikan

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis sekolah yang terdapat dalam negara kita seperti sekolah vernacular melayu, sekolah vernacular cina dan sekolah vernacular india.Sekolah ini wujud selepas Merdeka pada tahun 1957.Sekolah- sekolah ini mampu mengurangkan perpaduan antara kaum kerana mereka hanya bercampur dan bergaul antara sesama kaum mereka sahaja.Sikap “PERKAUMAN” antara kaum boleh dipupuk secara tidak langsung di dalam diri pelajar jika sekolah mengikut bahasa ibunda di negara kita.Kita semua tidak mahu kejadian “13 MEI 1969” peristiwa berdarah berlaku lagi akibat rusuhan kaum.Pada masa kini, masih ramai lagi tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu.Pada pendapat saya, sekolah mengikut bahasa ibunda ini patut dihapuskan dan mempunyai satu jenis sekolah sahaja supaya mampu memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia dan semua rakyat Malaysia mampu menguasai bahasa kebangsaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu.

 

7.0 Cara Menangani Cabaran Semasa dan Mendatang

1) Pengekalan Elemen Tradisi

Sekian lama juga elemen ini memainkan peranan dan memberi manfaat, dalam sejarah dan juga dalam pembentukan negara. Setelah kemerdekaan elemen tradisi dan warisan ini dinaikkan dan diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pascamerdeka, elemen ini menjadi sinonim kepada negara; menjadi identiti negara. Dengan peranan yang dimasyhurkan dalam perundangan dan dikekalkan dalam budaya, sosial dan pentadbiran negara, elemen ini menjadi nadi dan tunjang kepada negara. Elemen tradisi ini juga sebahagian daripada mekanisme pentadbiran negara.  Elemen tradisi ini adalah juga pengimbang kepada demokrasi. Demokrasi yang tidak dikawal rapi atau tidak diimbangi melalui mekanisme yang baik terbukti boleh membentuk diktator. Elemen tradisi ini juga adalah neraca yang mampu mengawal suara rakyat daripada terlalu selesa dengan kebebasan sehingga melanggar susila keturunan masyarakat Timur yang berbudi pekerti dan keperibadian tinggi.

2) Perubahan Persepsi

Perubahan masa menyaksikan persepsi massa kepada elemen tradisi dan warisan ini.  Kita juga sudah melihat cabaran ke atas elemen tradisi dan warisan ini dalam pelbagai aspek, terutama mengenai penghormatan kepadanya. Malah, kita sering lihat provokasi di media massa atau laman sosial yang mahu mengusir elemen warisan ini daripada persada utama negara. Perkembangan ini menjadikan kelangsungan kepada elemen tradisi sebagai antara cabaran yang sangat hebat kepada Perlembagaan.  

Dari sudut sejarah selama ratusan tahun, walau tanpa sokongan padu dokumen formal seumpama Perlembagaan, elemen ini berjaya dipertahan. Bahkan jika dikira dari tahun 1511 sehingga kemerdekaan pada tahun 1957 elemen ini berjaya dipertahan selama 446 tahun ketika penjajahan dan pentadbiran empat kuasa asing .Jika elemen tradisi itu berjaya dikekalkan dalam ratusan tahun, walau di bawah naungan kuasa asing, mampukah lagi ia dikekalkan selepas kemerdekaan dengan Perlembagaan yang begitu padat dengan pengukuhan mengenai elemen tradisi ini. Kesungguhan rakyat dan pentadbiran penting untuk memastikan Perlembagaan mampu menjaga kelangsungan elemen warisan atau tradisi ini.

3) Kuasa Politik

Kuasa politik inilah yang menentukan gerak kerja menjaga ketertinggian dan kemuliaan Perlembagaan. Jika kekuasaan politik itu mantap dalam menjaga harfiah Perlembagaan, maka selagi itulah Perlembagaan dapat mendepani apa juga cabaran atau ancaman yang mendatang. Selagi mana kuasa politik itu tegas dalam menghidupkan prinsip dan semangat Perlembagaan tersebut, maka selagi itulah Perlembagaan berupaya menghadapi segalanya.

 4) Peranan Masing-Masing

Perlembagaan bukan semata-mata undang-undang, tetapi menyediakan tatacara hidup bernegara. Perlembagaan bertujuan menjamin kestabilan politik, pembentukan sistem pemerintahan negara yang saksama serta menyediakan formula perpaduan nasional dan pembangunan negara.Perlembagaan juga menjaga dan melindungi kepentingan semua kumpulan masyarakat.     Justeru, jika diperhati peruntukan Perlembagaan yang kita ada, saya amat optimis bahawa segala cabaran dan ancaman dapat didepani oleh Perlembagaan kita. Tetapi dengan syarat.Syaratnya ialah, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menunaikan amanah hendaklah berupaya dan berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

5) Perpaduan Kaum

Perpaduan kaum adalah satu aspek yang dibincang secara tuntas sejak dari mula kita membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi. Bagi memastikan Perlembagaan persekutuan  itu mampu mendepani cabaran dan ancaman pasca merdeka, beberapa peruntukan penting telah dimasukkan dalam Perlembagaan. Peruntukan berkaitan perpaduan dan peruntukan berkaitan ancaman subversif adalah dua contoh paling ketara.Dalam kontkes perpaduan kaum,

Perkara 153 menyediakan peruntukan yang begitu dalam maksud dan tujuannya. Perkara 153 merupakan satu peruntukan yang menjamin kesaksamaan (equity) antara kaum, bukan kesamarataan (equality) antara kaum. Diletakkan dalam Perkara 153 itu tanggungjawab Perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk menyempurnakan perpaduan antara komponen masyarakat atau warganegara Malaysia. Dalam Perkara 153(1) itu disebut bahawa “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”

8.0 Penutup

Perlembagaan Persekutuan menjadi teras kedudukan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan mempunyai kedudukan yang tertinggi dengan prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Konsep-konsep pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dapat melicinkan pentadbiran negara sekaligus mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.Melalui perlembagaan, setiap warganegara samada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


9.0 Lampiran


Bangunan Parlimen Malaysia



Buku Undang-Undang yang digubal



Tempat perbincangan untuk menggubal perlembagaan


10.0 Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Ciri-_ciri_Tradisional_Perlembagaan_Persekutuan

https://pengajianmalaysia2u.wordpress.com/2016/08/19/bentuk-bentuk-perlembagaan/

http://pengajianmalaysiakami.blogspot.com/p/bab-2.html

https://coggle.it/diagram/YDW4Ji31d7bX1122/t/2-3-ciri-utama-perlembagaan-persekutuan


5 comments:

Gejala Keruntuhan Akhlak

MPU24021 E-FOLIO GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK NAMA PENSYARAH : PUAN WAHIDAH  NAMA NOMBOR PENDAFTARAN  LUQMAN BIN A...