Perlembagaan Persekutuan Menangani Cabaran Semasa dan Mendatang
NAMA |
NOMBOR
PENDAFTARAN |
LUQMAN BIN AZHAR |
02DBS20F2041 |
MUHAMAD IRHAM SHAKIRIN BIN MOHAMAD |
02BDS20F2034 |
MUHAMMAD DANIEL IMAN BIN AZIZAN |
02DBS20F2006 |
SYED FIKRI BIN SYED AHMAD |
02DBS20F2025 |
ALIF AIEKAL BIN RAZALI |
02DBS20F2038 |
SHAFIQ HAIQAL BIN SELAMAT |
02DBS20F2035 |
Nama Pensyarah : Puan Rina Fakhrizan
1.0 Pengenalan
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang
telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua
undang-undang. Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi
dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain
itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
2.0 Definisi Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang
menentukan sesebuah negera itu diasaskan dan diperintah seperti yang terdapat
di dalam undang-undang adat atau peraturan yang sering digunakan. Perlembagaan
juga berkait dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa yang
diagihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat
tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan
cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan
pemerintahan sesebuah negara. Selain itu,Perlembagaan juga berperanan sebagai
garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau
rakyat . Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan
kepada rakyat.
3.0 Tujuan Perlembagaan Persekutuan
1) Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara
Dengan adanya perlembagaan negara , rakyat dapat
berpegang kepada undang-undang yang diamalkan dan dihormati untuk mewujudkan
sebuah negara yang berdaulat
2) Mewujudkan Kestabilan Negara
Walaupun dasar perlembagaan boleh dipinda , namun
ia tidak boleh dilakukan dengan secara sengaja ataupun sewenang-wenangnya tanpa
mengikut perlembagaan. Jika perlembagaan boleh dilakukan dengan mudah dan
mengikut kehendak mereka iaitu pemimpin maka ia mungkin akan bertindak mengabaikan
kemahuan rakyat
3) Mengawal Perjalanan Kerajaan
Tindakan yang dilakukan oleh pemimpin mestilah
merujuk kepada perlembagaan yang telah dicatatkan dan bukan bertindak secara
sesuka hati pemimpin. Oleh itu, pemimpin tidak boleh melakukan perbuatan penyelewengan
perlembagaan. Ini bermaksud perlembagaan dapat menjamin pihak pemerintah tidak
berlaku khianat atau menyalah guna kuasa yang mereka ada.
4) Mengekalkan Keamanan
Perubahan pemerintah yang berlaku selepas proses
pilihan raya seperti umum ataupun kecil tidak akan memberi kesan kepada negara
mahupun corak pemerintahan kerana segala akta telah ditetapkan sejak awal
pembentukan Malaysia. Walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan
pemerintahan tidak akan berubah dari dasar yang sepatutnya.
5) Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara
Dengan adanya perlembagaan, rakyat diberikan
jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur penipuan di kalangan
pemimpin. Pembahagian kuasa yang dijelaskan dalam perlembagaan antara rakyat
dan pemerintah serta badan perundangan yang lain telah memisahkan mereka
daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tiada sesiapa mendapat
keistimewaan dari segi undang-undang kerana semua orang harus menghormati dan
mematuhi perlembagaan negara.
4.0 Jenis-Jenis Perlembagaan
1) Perlembagaan Bertulis
Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang
dinyatakan secara nyata dalam bentuk dokumen seperti Perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan bertulis ini mengandungi 3 sifat utama:
- Kukuh
dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan
tersebut yang membolehkannya dipinda.
- Parlimen
mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung
dalam perlembagaan,tetepi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang
bertentangan dengan kebebasan asasi.
- Mahkamah
mempunyai kuasa utuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
2) Perlembagaan Tidak Bertulis
Perlembagaan Tidak Bertulis merupakan peruntukan
yang tidak dikodkan dalam akta-akta yang lain. Perlembagaan ini terdapat di
negara seperti United Kingdom. Amalan perlembagaan ini menyebabkan parlimen
mempunyai kuasa yang tinggi.
Perlembagaan ini merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Contohnya, akta parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
5.0 Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan
1) Unsur-Unsur Tanggungjawab
Pemerintah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala
permintaan dijadikan panduan kepada pemerintah dalam menjalankan tanggungjawab
sebagai kerajaan. Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui segala perbelanjaan
yang dibelanjakan oleh kerajaan. Mereka juga berhak untuk menyatakan sebarang
ketidak puas hatian terhadap kerajaan tersebut.
2) Pilihan Raya
Dengan adanya pilihan raya yang membolehkan rakyat
untuk memilih parti parlimen yang mereka inginkan . Parti yang dipilih oleh
rakyat menggambarkan cara pemerintahan sesebuah parti itu.
3) Pembahagian Kuasa
Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas
supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan
kuasa. Kerajaan akan memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pemerintah dan
pembuat undang-undang. Badan kehakiman akan melaksanakan undag-undang yang
digubal oleh kerajaan.
4) Terbuka
Perkara yang tidak dianggap sebagai perkara yang
sulit hendaklah diumum kepada rakyat agar mereka juga dapat mengetahui dan
menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan yang dibincangkan
di parlimen perlu disebar kepada umum di media massa seperti surat khabar
tentang belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baharu.
6.0 Cabaran Dalam Menggubal Perlembagaan
Persekutuan
1) Mengambil Kira Kepentingan Masyarakat Pelbagai Kaum
Di dalam negara ini terdapat pelbagai kaum seperti
Melayu, India dan Cina. Disebabkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum, hak yang sama rata sentiasa dititik beratkan oleh setiap bangsa supaya
layanan dan kebajikan mereka terjaga . Jikalau hal itu tidak adil maka akan
berlakunya konflik antara kaum yang berbeza itu yang mahu dilihatkan diri
mereka sebagai penduduk bumiputera yang lain. Ini menyebabkan mereka ingin
menuntut hak yang sama rata seperti kaum bumiputera yang lain. Contohnya, dapat
memasuki IPTA yang mempunyai bumiputera sahaja seperti UITM dan diberikan
tawaran biasiswa seperti MARA kepada bumiputera sahaja.
2) Dijadikan Tajuk Sebagai Isu Politik
Di Malaysia terdapat pelbagai parti politik
yang mempunyai pelbagai bangsa dalam sesuatu parti tersebut. Politik di negara
ini sering dikaitkan dengan bangsa yang ada di negara seperti parti terdahulu.
Contohnya , MCA (Malayan Chinese Assocation) , MIC (Malayan Indian Congress)
dan BN (Barisan Nasional). Politik sering menyebabkan berlakunya konflik di
antara mereka kerana mahukan perubahan akta yang ada di dalam perlembagaan
persekutuan dengan mengikut kehendak yang mereka perlukan. Disebabkan mereka
tidak boleh mengubah suai akta yang ditetapkan maka mereka pasti akan
memberontak kerana idea yang diberikan tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak.
Oleh itu, mereka pasti mencari jalan untuk memastikan matlamat mereka berjaya
walaupun akta tidak boleh diubah suai sewenang-wenangnya tanpa perkenan YDP
Agung.
3) Menyesuaikan Perlembagaan Terhadap Isu-Isu
Semasa
Terdapat pelbagai isu-isu hangat yang terjadi di
negara ini.Contohnya, isu terkini yang berlaku di Selangor iaitu LGBT. Terdapat
pihak yang dikenali sebagai aktivis liberal menginginkan LGBT diiktiraf sebagai
satu golongan yang di pandang seperti manusia biasa dan bukan manusia yang
berpenyakit kerana perasaan suka sesama jantina pernah diiktiraf oleh WHO
sebagai mental health. Mereka merasakan diri mereka teraniaya disebabkan
masyarakat di sekeliling memandang hina perbuatan mereka. Hal ini menyebabkan mereka
berasa hak asasi mereka terancam kerana tidak boleh melakukan aktiviti bebas
seperti negara barat yang lain.Oleh itu , aktivis-aktivis ini pasti akan
sentiasa mendesak aktiviti liberal mereka supaya dibenarkan menjadi satu
kebiasaan dalam kehidupan harian.
4) Membendung Fahaman Komunisme
Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu adalah fahaman komunisme dalam kalangan rakyat biasa.
Kedatangan pihak Komunis di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menanamkan
semangat dan fahaman komunisme pada tahap yang membimbangkan. Hal ini dilihat
sebagai antara ancaman utama terhadap kerajaan yang dibina berdasarkan fahaman
berbilang kaum. Pengamalan Dasar Pecah dan Perintah dianggap menindas
sesetengah kaum. Lantaran itu, fahaman komunis ini dianggap sebagai pembebasan
daripada cengkaman pihak British. Perkara ini telah mencetuskan kebimbangan
dalam kalangan pemerintah. Dengan wujudnya penubuhan Perlembagaan Persekutuan,
fahaman radikal ini dapat dibendung dan seterusnya keharmonian Tanah Melayu
terpelihara.
5) Isu Pendidikan
Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis sekolah
yang terdapat dalam negara kita seperti sekolah vernacular melayu, sekolah
vernacular cina dan sekolah vernacular india.Sekolah ini wujud selepas Merdeka
pada tahun 1957.Sekolah- sekolah ini mampu mengurangkan perpaduan antara kaum
kerana mereka hanya bercampur dan bergaul antara sesama kaum mereka
sahaja.Sikap “PERKAUMAN” antara kaum boleh dipupuk secara tidak langsung di
dalam diri pelajar jika sekolah mengikut bahasa ibunda di negara kita.Kita
semua tidak mahu kejadian “13 MEI 1969” peristiwa berdarah berlaku lagi akibat
rusuhan kaum.Pada masa kini, masih ramai lagi tidak mampu menguasai bahasa
kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu.Pada pendapat saya, sekolah mengikut bahasa
ibunda ini patut dihapuskan dan mempunyai satu jenis sekolah sahaja supaya
mampu memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia dan semua rakyat Malaysia mampu
menguasai bahasa kebangsaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu.
7.0 Cara Menangani Cabaran Semasa dan Mendatang
1) Pengekalan Elemen Tradisi
Sekian lama juga elemen ini memainkan peranan dan
memberi manfaat, dalam sejarah dan juga dalam pembentukan negara. Setelah
kemerdekaan elemen tradisi dan warisan ini dinaikkan dan diterapkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Pascamerdeka, elemen ini menjadi sinonim kepada
negara; menjadi identiti negara. Dengan peranan yang dimasyhurkan dalam
perundangan dan dikekalkan dalam budaya, sosial dan pentadbiran negara, elemen
ini menjadi nadi dan tunjang kepada negara. Elemen tradisi ini juga sebahagian
daripada mekanisme pentadbiran negara. Elemen tradisi ini adalah
juga pengimbang kepada demokrasi. Demokrasi yang tidak dikawal rapi atau tidak
diimbangi melalui mekanisme yang baik terbukti boleh membentuk
diktator. Elemen tradisi ini juga adalah neraca yang mampu mengawal suara
rakyat daripada terlalu selesa dengan kebebasan sehingga melanggar susila
keturunan masyarakat Timur yang berbudi pekerti dan keperibadian tinggi.
2) Perubahan Persepsi
Perubahan masa menyaksikan persepsi massa kepada
elemen tradisi dan warisan ini. Kita juga sudah melihat cabaran ke
atas elemen tradisi dan warisan ini dalam pelbagai aspek, terutama mengenai
penghormatan kepadanya. Malah, kita sering lihat provokasi di media massa atau
laman sosial yang mahu mengusir elemen warisan ini daripada persada utama
negara. Perkembangan ini menjadikan kelangsungan kepada elemen tradisi
sebagai antara cabaran yang sangat hebat kepada Perlembagaan.
Dari sudut sejarah selama ratusan tahun, walau
tanpa sokongan padu dokumen formal seumpama Perlembagaan, elemen ini berjaya
dipertahan. Bahkan jika dikira dari tahun 1511 sehingga kemerdekaan pada
tahun 1957 elemen ini berjaya dipertahan selama 446 tahun ketika penjajahan dan
pentadbiran empat kuasa asing .Jika elemen tradisi itu berjaya dikekalkan
dalam ratusan tahun, walau di bawah naungan kuasa asing, mampukah lagi ia
dikekalkan selepas kemerdekaan dengan Perlembagaan yang begitu padat dengan
pengukuhan mengenai elemen tradisi ini. Kesungguhan rakyat dan pentadbiran
penting untuk memastikan Perlembagaan mampu menjaga kelangsungan elemen warisan
atau tradisi ini.
3) Kuasa Politik
Kuasa politik inilah yang menentukan gerak kerja
menjaga ketertinggian dan kemuliaan Perlembagaan. Jika kekuasaan politik
itu mantap dalam menjaga harfiah Perlembagaan, maka selagi itulah Perlembagaan
dapat mendepani apa juga cabaran atau ancaman yang mendatang. Selagi mana
kuasa politik itu tegas dalam menghidupkan prinsip dan semangat Perlembagaan
tersebut, maka selagi itulah Perlembagaan berupaya menghadapi segalanya.
4) Peranan Masing-Masing
Perlembagaan bukan semata-mata undang-undang,
tetapi menyediakan tatacara hidup bernegara. Perlembagaan bertujuan
menjamin kestabilan politik, pembentukan sistem pemerintahan negara yang
saksama serta menyediakan formula perpaduan nasional dan pembangunan negara.Perlembagaan
juga menjaga dan melindungi kepentingan semua kumpulan
masyarakat. Justeru, jika diperhati peruntukan
Perlembagaan yang kita ada, saya amat optimis bahawa segala cabaran dan ancaman
dapat didepani oleh Perlembagaan kita. Tetapi dengan syarat.Syaratnya ialah,
sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menunaikan amanah hendaklah berupaya dan
berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
5) Perpaduan Kaum
Perpaduan kaum adalah satu aspek yang dibincang
secara tuntas sejak dari mula kita membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948
lagi. Bagi memastikan Perlembagaan persekutuan itu mampu mendepani
cabaran dan ancaman pasca merdeka, beberapa peruntukan penting telah dimasukkan
dalam Perlembagaan. Peruntukan berkaitan perpaduan dan peruntukan berkaitan
ancaman subversif adalah dua contoh paling ketara.Dalam kontkes perpaduan kaum,
Perkara 153 menyediakan peruntukan yang begitu
dalam maksud dan tujuannya. Perkara 153 merupakan satu peruntukan yang menjamin
kesaksamaan (equity) antara kaum, bukan kesamarataan (equality) antara kaum.
Diletakkan dalam Perkara 153 itu tanggungjawab Perlembagaan bagi Yang
di-Pertuan Agong untuk menyempurnakan perpaduan antara komponen masyarakat atau
warganegara Malaysia. Dalam Perkara 153(1) itu disebut bahawa “Menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan
kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”
8.0 Penutup
Perlembagaan Persekutuan menjadi teras kedudukan
Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan mempunyai kedudukan yang tertinggi dengan
prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Konsep-konsep pembahagian kuasa antara
kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dapat melicinkan pentadbiran negara
sekaligus mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.Melalui perlembagaan,
setiap warganegara samada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan
pembelaan sewajarnya. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan
perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu
menggubal perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai
pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya
dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.
9.0 Lampiran
Bangunan Parlimen Malaysia
Buku Undang-Undang yang digubal
Tempat perbincangan untuk menggubal perlembagaan
10.0 Rujukan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Ciri-_ciri_Tradisional_Perlembagaan_Persekutuan
https://pengajianmalaysia2u.wordpress.com/2016/08/19/bentuk-bentuk-perlembagaan/
http://pengajianmalaysiakami.blogspot.com/p/bab-2.html
https://coggle.it/diagram/YDW4Ji31d7bX1122/t/2-3-ciri-utama-perlembagaan-persekutuan