Sunday, December 26, 2021

Gejala Keruntuhan Akhlak




MPU24021

E-FOLIO

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

NAMA PENSYARAH : PUAN WAHIDAH 


NAMA

NOMBOR PENDAFTARAN

 LUQMAN BIN AZHAR

02DBS20F2041

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






1.0 PENGENALAN

Al-Quran adalah kalam Allah, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengubah akhlak seluruh umat manusia. Akhlak sangat penting dalam membentuk kehidupan setiap orang, kerana ia boleh mengubah tingkah laku dan tingkah laku manusia, baik atau buruk. Tambahan pula, masyarakat kita hari ini dilanda pelbagai kemelut akhlak termasuklah tingkah laku tidak bermoral dan tidak beradab di tempat awam.Sumbang mahram dan zina akhirnya membawa kepada anak luar nikah. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita sedang menghadapi masalah kerosakan akhlak yang amat serius. Seterusnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah keruntuhan akhlak melalui kaedah al-Quran dan al-Sunnah. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tinjauan literatur, iaitu dengan menganalisis dokumen seperti jurnal, artikel, dan penulisan ilmiah yang berkaitan. Kajian mendapati terdapat beberapa dalil al-Quran dan al-Hadith yang boleh menjadi benteng utama dan digunakan bagi tujuan menangani masalah keruntuhan akhlak. Sehubungan itu, keruntuhan akhlak masa kini dapat ditangani sekiranya masyarakat berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

2.0 PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

Penyalahgunaan bahan terlarang sering berlaku dalam kalangan pelajar IPT pasa masa kini. Antara bahan terlarang yang sering disalahgunakan oleh pelajar IPT pada masa kini adalah rokok, alkohol, dadah dan sebagainya. Menyalahgunakan bahan terlarang seperti dadah bermaksud menggunakan bahan yang boleh membuatkan pengambil menjadi ketagihan yang secara berlebihan atau untuk tujan yang lain selain daripada melakukan perubatan. Pengambilan bahan-bahan tersebut adalah salah sama sekali disisi undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan mampu membuatkan pengambil hilang pertimbangan dalam diri pelajar. 

Justeru , faktor-faktor utama yang membuatkan pelajar IPT lebih cenderung untuk mengambil bahan tersebut ialah berpunca daripada ibu bapa. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin , tetapi malangnya pada masa kini terdapat segelintir ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak menjadi seorang yang bebas pergaulan. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar IPT yang mengambil bahan-bahan terlarang tersebut seperti dadah berasal daripada masalah keluarga yang berpecah belah, penceraian ibu bapa dan kematian anggota keluarga yang tersayang. Selain itu, ibu bapa juga kurang memberikan pendedahan dan pendidikan kepada anak-anak sehingga menyebabkan akidah anak-anak terpesong ke jalan yang salah. Selain itu, faktor yang membuatkan pelajar IPT mengambil bahan-bahan terlarang tersebut ialah faktor rakan sebaya. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang pelajar tentang perilakunya. Rakan sebaya juga perlu memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan gaya fikiran seseorang. Namun sekiranya rakan sebaya yang dipilih lebih cenderung untuk melakukan kebaikan maka pelajar ini akan terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan sihat tetapi sekiranya rakan sebaya tersebut lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri maka pelajar ini akan terpengaruh untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan diri pelajar tersebut.

Melalui peranan Ibu bapa, seharusnya memberi mereka peranan sejak kecil lagi. Menunjukkan toleransi yang baik terhadap pendidikan ibu bapa. Melalui peranan sekolah, sebelum memasuki IPT, sekolah adalah tempat mereka menimba ilmu fizikal dan mental. Di sana, mereka belajar etika dan undang-undang melalui pendidikan guru.Selain itu, melalui peranan masyarakat pula, masyarakat sekeliling hendaklah menunjukkan akhlak yang baik dan tidak boleh menunjukkan kepada pelajar kesannya terhadap bahan terlarang. Ini kerana segelintir pelajar terlalu kagum dengan masyarakat sekeliling sehingga mempunyai kecenderungan untuk mencuba dadah.Di samping itu, , melalui tanggungjawab diri bagi diri kita, kita seharusnya melindungi diri kita daripada gejala buruk di sekeliling kita. Apabila seseorang pelajar ingin tahu tentang dadah, sama ada dia mahu mencuba atau tidak, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Melalui penguatkuasaan undang-undang.

Penagihan  bahan-bahan terlarang seperti dadah  akan   membawa kepada penagih  kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati. Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan  perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah social . Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita. Kerutuhan akhlak induvidu tersebut dalam kehidupan mereka sebagai hamba ALLAH S.W.T . , terutama pada remaja atau pelajar yang akan meneruskan generasi yang akan dating dalam melahirkan generasi yang sihat dan bebas dari kancah sosial yang dpat merosakkan meraka dalam masa jangka masa lama . mereka akan mejadi huru hara dan tidak tenteram . Golongan yang dianggap sebagai pemimpin pada masa lebih banyk cenderung kepada gejala ini. Masalah ini jika tidak dibendung akan menyebabkan kepimpinan negara akan mundur. Telah timbul pelbagai persepsi bahawa negara ini telah gagal mengurus kan masalah penagihan dadah akibat peningkatan jumlah penagih dari tahun ke tahun. Oleh itu hasrat kerajaan untuk menilai semula program-program pemulihan sedai ada amat dialu-alukan.

3.0 MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI                  POLITEKNIK MALAYSIA

Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula, masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

3.1 FAKTOR-FAKTOR PERGAULAN BEBAS

Faktor-faktor pergaulan bebas ialah diri remaja itu sendiri kerana semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkaraperkara baru dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi. Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak remaja terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak lain yang masih kecil. Oleh itu remaja yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu lain bagi mengisi kekosongan tersebut. Selain itu, faktor dari rakan sebaya mereka kerana rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu. Sebagai remaja yang kebanyakannya gemar berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam kumpulan. Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Oleh yang demikian walaupun adakalanya mereka telah mengetahui keburukan perlakuan tersebut namun remaja masih melakukannya kerana ingin mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan.

3.3 KESAN-KESAN MASALAH PERGAULAN BEBAS

Antara kesan masalah pergaulan bebas ialah pembuangan bayi. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Selain itu, penceraian dan keruntuhan rumah tangga. Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia. Seterusnya, tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

3.2 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PERGAULAN BEBAS

Antara langkah untuk mengatasi masalah pergaulan bebas ini dengan ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Selain itu, peranan pihak politeknik dalam membuat pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas. Seterusnya, memperkuat pendidikan agama kerana anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kokoh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika sejak kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian benar dan salah, biasanya ia akan dapat menghindari pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang tidak benar.


4.0 GEJALA PLAGIAT YANG BERLELUASA DALAM KALANGAN REMAJA

 Plagiarism’ adalah megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.

Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ‘copy paste’ kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.

4.1 FAKTOR-FAKTOR GEJALA PLAGIAT YANG BERLELUASA 

Antara faktor-faktor gejala plagiat ialah pelajar kurang mahir mencari maklumat kerana pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat. Selain itu, tidak mempunyai masa yang secukupnya. Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

4.2 KESAN PLAGIARISME TERHADAP PELAJAR 


Sekiranya didapati pelajar melakukan plagiat, sekatan akademik boleh dibuat termasuk pindah ke kelas yang lebih rendah, gagal kursus atau diberhentikan dari jurusan akademik. Kejadian plagiarisme juga dapat mengurangkan peluang untuk menjadi rujukan yang baik dari pengajar bagi permohonan biasiswa, program pengajian di luar negara atau bantuan siswazah. Ijazah boleh dilucutkan sekiranya didapati bahawa pelajar meniru dalam projek atau tesis. Selain itu, plagiarisme membuat pelajar tidak belajar. Menipu memberi pelajar kelebihan yang tidak adil berbanding pelajar lain yang membuat kerja sendiri. Dihukum kerana melakukan penipuan boleh merosakkan reputasi pelajar dan merosakkan kepercayaan terhadap pelajar. Rakan sebaya mungkin kehilangan rasa hormat dan memilih untuk tidak bekerjasama dalam projek kumpulan. Walaupun pelajar tidak ditangkap, harga diri dapat dipengaruhi kerana mengetahui bahawa pelajar tidak layak mendapat markah yang pelajar terima. Seterusnya, semasa mencari pekerjaan, terutama dalam penguatkuasaan undang-undang, kerajaan atau juga mendaftar dalam perkhidmatan ketenteraan, paling penting untuk memiliki sejarah disiplin yang bersih. Tuduhan plagiarisme di pusat pengajian boleh mempersoalkan etika, integriti dan kesesuaian untuk untuk pekerjaan tersebut. Dalam pasaran kerja yang kompetitif, bakal majikan mempertimbangkan surat rujukan dari tenaga pengajar untuk menolong mereka. Plagiarisme boleh menjadi rujukan dari pengajar yang membuktikan watak dan keilmuan pelajar.

4.3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PLAGIARISME TERHADAP PELAJAR

Cara mudah untuk membantu anda mengelakkan plagiarisme adalah untuk memberi diri anda cukup masa ketika menulis kertas. Sangat mudah untuk terlepas sesuatu apabila anda terburu-buru. Mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan penyelidikan dan memberi perhatian kepada kerja anda adalah sangat penting. apabila kita berada di bawah tekanan kita mempunyai peluang untuk membuat kesilapan. Selain itu, Petikan yang anda ambil dari sesuatu sumber tidak mempunyai apa-apa makna jika anda tidak memetiknya dengan betul. Pastikan anda tahu apa standard bagi kertas yang anda kerjakan dan gunakan dengan tepat. Anda mungkin cuba melakukan perkara yang betul dan masih salah. Seterusnya, satu lagi cara ialah memberi kredit ialah dengan menyatakan sumber. Ia benar-benar tidak mengambil banyak masa dan anda mahu melakukannya sebaik sahaja anda menulisnya. Apabila anda memetik rujukan anda, anda tidak akan dituduh plagiarisme.







Thursday, May 13, 2021


  Perlembagaan Persekutuan Menangani Cabaran Semasa dan Mendatang


 

NAMA

NOMBOR PENDAFTARAN

LUQMAN BIN AZHAR

02DBS20F2041

MUHAMAD IRHAM SHAKIRIN BIN MOHAMAD

02BDS20F2034

MUHAMMAD DANIEL IMAN BIN AZIZAN

02DBS20F2006

SYED FIKRI BIN SYED AHMAD

02DBS20F2025

ALIF AIEKAL BIN RAZALI

02DBS20F2038

SHAFIQ HAIQAL BIN SELAMAT

02DBS20F2035

 

Nama Pensyarah : Puan Rina Fakhrizan

Kelas : DBS1A

Sesi Disember 2020



1.0 Pengenalan

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

 

2.0 Definisi Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan sesebuah negera itu diasaskan dan diperintah seperti yang terdapat di dalam undang-undang adat atau peraturan yang sering digunakan. Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa yang diagihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu,Perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat . Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

 

3.0 Tujuan Perlembagaan Persekutuan


1) Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara

Dengan adanya perlembagaan negara , rakyat dapat berpegang kepada undang-undang yang diamalkan dan dihormati untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat

2) Mewujudkan Kestabilan Negara

Walaupun dasar perlembagaan boleh dipinda , namun ia tidak boleh dilakukan dengan secara sengaja ataupun sewenang-wenangnya tanpa mengikut perlembagaan. Jika perlembagaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak mereka iaitu pemimpin maka ia mungkin akan bertindak mengabaikan kemahuan rakyat

3) Mengawal Perjalanan Kerajaan

Tindakan yang dilakukan oleh pemimpin mestilah merujuk kepada perlembagaan yang telah dicatatkan dan bukan bertindak secara sesuka hati pemimpin. Oleh itu, pemimpin tidak boleh melakukan perbuatan penyelewengan perlembagaan. Ini bermaksud perlembagaan dapat menjamin pihak pemerintah tidak berlaku khianat atau menyalah guna kuasa yang mereka ada.

4) Mengekalkan Keamanan

Perubahan pemerintah yang berlaku selepas proses pilihan raya seperti umum ataupun kecil tidak akan memberi kesan kepada negara mahupun corak pemerintahan kerana segala akta telah ditetapkan sejak awal pembentukan Malaysia. Walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan berubah dari dasar yang sepatutnya.

5) Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara

Dengan adanya perlembagaan, rakyat diberikan jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada unsur penipuan di kalangan pemimpin. Pembahagian kuasa yang dijelaskan dalam perlembagaan antara rakyat dan pemerintah serta badan perundangan yang lain telah memisahkan mereka daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tiada sesiapa mendapat keistimewaan dari segi undang-undang kerana semua orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara.

 

4.0 Jenis-Jenis Perlembagaan 

1) Perlembagaan Bertulis

Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dinyatakan secara nyata dalam bentuk dokumen seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan bertulis ini mengandungi 3 sifat utama:

  • Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
  •  Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan,tetepi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
  • Mahkamah mempunyai kuasa utuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

2) Perlembagaan Tidak Bertulis

Perlembagaan Tidak Bertulis merupakan peruntukan yang tidak dikodkan dalam akta-akta yang lain. Perlembagaan ini terdapat di negara seperti United Kingdom. Amalan perlembagaan ini menyebabkan parlimen mempunyai kuasa yang tinggi. 

Perlembagaan ini merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Contohnya, akta parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

 

5.0 Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan

1) Unsur-Unsur Tanggungjawab

Pemerintah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan dijadikan panduan kepada pemerintah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan. Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui segala perbelanjaan yang dibelanjakan oleh kerajaan. Mereka juga berhak untuk menyatakan sebarang ketidak puas hatian terhadap kerajaan tersebut.

2) Pilihan Raya

Dengan adanya pilihan raya yang membolehkan rakyat untuk memilih parti parlimen yang mereka inginkan . Parti yang dipilih oleh rakyat menggambarkan cara pemerintahan sesebuah parti itu.

3) Pembahagian Kuasa

Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. Kerajaan akan memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Badan kehakiman akan melaksanakan undag-undang yang digubal oleh kerajaan.

4) Terbuka

Perkara yang tidak dianggap sebagai perkara yang sulit hendaklah diumum kepada rakyat agar mereka juga dapat mengetahui dan menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan yang dibincangkan di parlimen perlu disebar kepada umum di media massa seperti surat khabar tentang belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baharu.

 

6.0 Cabaran Dalam Menggubal Perlembagaan Persekutuan

1) Mengambil Kira Kepentingan Masyarakat Pelbagai Kaum 

Di dalam negara ini terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina. Disebabkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, hak yang sama rata sentiasa dititik beratkan oleh setiap bangsa supaya layanan dan kebajikan mereka terjaga . Jikalau hal itu tidak adil maka akan berlakunya konflik antara kaum yang berbeza itu yang mahu dilihatkan diri mereka sebagai penduduk bumiputera yang lain. Ini menyebabkan mereka ingin menuntut hak yang sama rata seperti kaum bumiputera yang lain. Contohnya, dapat memasuki IPTA yang mempunyai bumiputera sahaja seperti UITM dan diberikan tawaran biasiswa seperti MARA kepada bumiputera sahaja.

2) Dijadikan Tajuk Sebagai Isu Politik 

 Di Malaysia terdapat pelbagai parti politik yang mempunyai pelbagai bangsa dalam sesuatu parti tersebut. Politik di negara ini sering dikaitkan dengan bangsa yang ada di negara seperti parti terdahulu. Contohnya , MCA (Malayan Chinese Assocation) , MIC (Malayan Indian Congress) dan BN (Barisan Nasional). Politik sering menyebabkan berlakunya konflik di antara mereka kerana mahukan perubahan akta yang ada di dalam perlembagaan persekutuan dengan mengikut kehendak yang mereka perlukan. Disebabkan mereka tidak boleh mengubah suai akta yang ditetapkan maka mereka pasti akan memberontak kerana idea yang diberikan tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak. Oleh itu, mereka pasti mencari jalan untuk memastikan matlamat mereka berjaya walaupun akta tidak boleh diubah suai sewenang-wenangnya tanpa perkenan YDP Agung.

3) Menyesuaikan Perlembagaan Terhadap Isu-Isu Semasa

Terdapat pelbagai isu-isu hangat yang terjadi di negara ini.Contohnya, isu terkini yang berlaku di Selangor iaitu LGBT. Terdapat pihak yang dikenali sebagai aktivis liberal menginginkan LGBT diiktiraf sebagai satu golongan yang di pandang seperti manusia biasa dan bukan manusia yang berpenyakit kerana perasaan suka sesama jantina pernah diiktiraf oleh WHO sebagai mental health. Mereka merasakan diri mereka teraniaya disebabkan masyarakat di sekeliling memandang hina perbuatan mereka. Hal ini menyebabkan mereka berasa hak asasi mereka terancam kerana tidak boleh melakukan aktiviti bebas seperti negara barat yang lain.Oleh itu , aktivis-aktivis ini pasti akan sentiasa mendesak aktiviti liberal mereka supaya dibenarkan menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan harian.

4) Membendung Fahaman Komunisme

 Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu adalah fahaman komunisme dalam kalangan rakyat biasa. Kedatangan pihak Komunis di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menanamkan semangat dan fahaman komunisme pada tahap yang membimbangkan. Hal ini dilihat sebagai antara ancaman utama terhadap kerajaan yang dibina berdasarkan fahaman berbilang kaum. Pengamalan Dasar Pecah dan Perintah dianggap menindas sesetengah kaum. Lantaran itu, fahaman komunis ini dianggap sebagai pembebasan daripada cengkaman pihak British. Perkara ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemerintah. Dengan wujudnya penubuhan Perlembagaan Persekutuan, fahaman radikal ini dapat dibendung dan seterusnya keharmonian Tanah Melayu terpelihara.

5) Isu Pendidikan

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis sekolah yang terdapat dalam negara kita seperti sekolah vernacular melayu, sekolah vernacular cina dan sekolah vernacular india.Sekolah ini wujud selepas Merdeka pada tahun 1957.Sekolah- sekolah ini mampu mengurangkan perpaduan antara kaum kerana mereka hanya bercampur dan bergaul antara sesama kaum mereka sahaja.Sikap “PERKAUMAN” antara kaum boleh dipupuk secara tidak langsung di dalam diri pelajar jika sekolah mengikut bahasa ibunda di negara kita.Kita semua tidak mahu kejadian “13 MEI 1969” peristiwa berdarah berlaku lagi akibat rusuhan kaum.Pada masa kini, masih ramai lagi tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu.Pada pendapat saya, sekolah mengikut bahasa ibunda ini patut dihapuskan dan mempunyai satu jenis sekolah sahaja supaya mampu memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia dan semua rakyat Malaysia mampu menguasai bahasa kebangsaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu.

 

7.0 Cara Menangani Cabaran Semasa dan Mendatang

1) Pengekalan Elemen Tradisi

Sekian lama juga elemen ini memainkan peranan dan memberi manfaat, dalam sejarah dan juga dalam pembentukan negara. Setelah kemerdekaan elemen tradisi dan warisan ini dinaikkan dan diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pascamerdeka, elemen ini menjadi sinonim kepada negara; menjadi identiti negara. Dengan peranan yang dimasyhurkan dalam perundangan dan dikekalkan dalam budaya, sosial dan pentadbiran negara, elemen ini menjadi nadi dan tunjang kepada negara. Elemen tradisi ini juga sebahagian daripada mekanisme pentadbiran negara.  Elemen tradisi ini adalah juga pengimbang kepada demokrasi. Demokrasi yang tidak dikawal rapi atau tidak diimbangi melalui mekanisme yang baik terbukti boleh membentuk diktator. Elemen tradisi ini juga adalah neraca yang mampu mengawal suara rakyat daripada terlalu selesa dengan kebebasan sehingga melanggar susila keturunan masyarakat Timur yang berbudi pekerti dan keperibadian tinggi.

2) Perubahan Persepsi

Perubahan masa menyaksikan persepsi massa kepada elemen tradisi dan warisan ini.  Kita juga sudah melihat cabaran ke atas elemen tradisi dan warisan ini dalam pelbagai aspek, terutama mengenai penghormatan kepadanya. Malah, kita sering lihat provokasi di media massa atau laman sosial yang mahu mengusir elemen warisan ini daripada persada utama negara. Perkembangan ini menjadikan kelangsungan kepada elemen tradisi sebagai antara cabaran yang sangat hebat kepada Perlembagaan.  

Dari sudut sejarah selama ratusan tahun, walau tanpa sokongan padu dokumen formal seumpama Perlembagaan, elemen ini berjaya dipertahan. Bahkan jika dikira dari tahun 1511 sehingga kemerdekaan pada tahun 1957 elemen ini berjaya dipertahan selama 446 tahun ketika penjajahan dan pentadbiran empat kuasa asing .Jika elemen tradisi itu berjaya dikekalkan dalam ratusan tahun, walau di bawah naungan kuasa asing, mampukah lagi ia dikekalkan selepas kemerdekaan dengan Perlembagaan yang begitu padat dengan pengukuhan mengenai elemen tradisi ini. Kesungguhan rakyat dan pentadbiran penting untuk memastikan Perlembagaan mampu menjaga kelangsungan elemen warisan atau tradisi ini.

3) Kuasa Politik

Kuasa politik inilah yang menentukan gerak kerja menjaga ketertinggian dan kemuliaan Perlembagaan. Jika kekuasaan politik itu mantap dalam menjaga harfiah Perlembagaan, maka selagi itulah Perlembagaan dapat mendepani apa juga cabaran atau ancaman yang mendatang. Selagi mana kuasa politik itu tegas dalam menghidupkan prinsip dan semangat Perlembagaan tersebut, maka selagi itulah Perlembagaan berupaya menghadapi segalanya.

 4) Peranan Masing-Masing

Perlembagaan bukan semata-mata undang-undang, tetapi menyediakan tatacara hidup bernegara. Perlembagaan bertujuan menjamin kestabilan politik, pembentukan sistem pemerintahan negara yang saksama serta menyediakan formula perpaduan nasional dan pembangunan negara.Perlembagaan juga menjaga dan melindungi kepentingan semua kumpulan masyarakat.     Justeru, jika diperhati peruntukan Perlembagaan yang kita ada, saya amat optimis bahawa segala cabaran dan ancaman dapat didepani oleh Perlembagaan kita. Tetapi dengan syarat.Syaratnya ialah, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menunaikan amanah hendaklah berupaya dan berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

5) Perpaduan Kaum

Perpaduan kaum adalah satu aspek yang dibincang secara tuntas sejak dari mula kita membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi. Bagi memastikan Perlembagaan persekutuan  itu mampu mendepani cabaran dan ancaman pasca merdeka, beberapa peruntukan penting telah dimasukkan dalam Perlembagaan. Peruntukan berkaitan perpaduan dan peruntukan berkaitan ancaman subversif adalah dua contoh paling ketara.Dalam kontkes perpaduan kaum,

Perkara 153 menyediakan peruntukan yang begitu dalam maksud dan tujuannya. Perkara 153 merupakan satu peruntukan yang menjamin kesaksamaan (equity) antara kaum, bukan kesamarataan (equality) antara kaum. Diletakkan dalam Perkara 153 itu tanggungjawab Perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk menyempurnakan perpaduan antara komponen masyarakat atau warganegara Malaysia. Dalam Perkara 153(1) itu disebut bahawa “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”

8.0 Penutup

Perlembagaan Persekutuan menjadi teras kedudukan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan mempunyai kedudukan yang tertinggi dengan prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Konsep-konsep pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dapat melicinkan pentadbiran negara sekaligus mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.Melalui perlembagaan, setiap warganegara samada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia.


9.0 Lampiran


Bangunan Parlimen Malaysia



Buku Undang-Undang yang digubal



Tempat perbincangan untuk menggubal perlembagaan


10.0 Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Ciri-_ciri_Tradisional_Perlembagaan_Persekutuan

https://pengajianmalaysia2u.wordpress.com/2016/08/19/bentuk-bentuk-perlembagaan/

http://pengajianmalaysiakami.blogspot.com/p/bab-2.html

https://coggle.it/diagram/YDW4Ji31d7bX1122/t/2-3-ciri-utama-perlembagaan-persekutuan


Gejala Keruntuhan Akhlak

MPU24021 E-FOLIO GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK NAMA PENSYARAH : PUAN WAHIDAH  NAMA NOMBOR PENDAFTARAN  LUQMAN BIN A...